1. Definisi:-
(i) “Kami” bermaksud Alam Flora Sdn Bhd dan/atau mana-mana syarikat, pertubuhan, badan korporat, dan/atau entiti membentuk mana-mana bahagian Alam Flora Sdn Bhd termasuk ejen-ejen, pekerja-pekerja, kontraktor-kontraktor, dan para sub-kontraktor kami; kami;
(ii) “PDPA” bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan mana-mana dan/atau semua perundangan, peraturan-peraturan, dan/atau perintah yang dibuat di bawahnya dan yang mungkin ditambah dari semasa ke semasa dan mana-mana garis panduan dan/atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan;
(iii) “Data peribadi” mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah PDPA;
(iv) “Pemprosesan” mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah PDPA; dan
(v) “Produk dan/atau perkhidmatan” bermaksud mana-mana produk, barangan, perkhidmatan, laman web, aplikasi dan/atau kemudahan yang disediakan oleh pihak kami.
2. Maklumat peribadi anda akan diproses oleh pihak kami atau pihak yang bertindak bagi pihak kami. Data peribadi yang dimaksudkan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) nama anda, nombor kad pengenalan, nombor pasport, bangsa, kaum, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, kepercayaan agama, rekod perubatan, rekod jenayah, persatuan, kepercayaan politik dan sebarang maklumat lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda atau yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.
3. Pihak kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:-
(i) Untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan dan apa-apa tujuan lain yang berhubung dengan penyediaan dan/atau penggunaan anda terhadap produk dan/atau perkhidmatan tersebut;
(ii) Untuk mengekalkan rekod dalaman;
(iii) Untuk mengesahkan identiti anda;
(iv) Untuk menghubungi anda;
(v) Untuk bertindak balas kepada pertanyaan anda, jika ada;
(vi) Untuk membolehkan anda untuk memasuki kontrak bersama pihak kami;
(vii) Untuk menjalankan penyelidikan dan analisis;
(viii) Untuk menjalankan pemasaran dan promosi;
(ix) Untuk menjalankan audit, siasatan atau apa-apa pertanyaan lain;
(x) Untuk menjalankan apa-apa prosiding undang-undang atau yang berhubungan dengan apa-apa tindakan undang-undang;
(xi) Untuk mengelakkan apa-apa perbuatan yang melanggar undang-undang;
(xii) Untuk menjalankan apa-apa tindakan yang diperuntukkan oleh undang-undang atau yang dikehendaki oleh pihak berkuasa; dan
(xiii) Untuk mencapai apa-apa maksud lain yang, pada anggaran kami, perlu dan/atau munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
4. Pihak kami boleh mengumpul data peribadi anda daripada sumber-sumber berikut:-
(i) Daripada anda;
(ii) Dari penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda;
(iii) Dari mana-mana komunikasi anda kepada pihak kami;
(iv) Dari mana-mana sumber yang ada secara terbuka; dan
(v) Dari mana-mana pihak ketiga.
5. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda dan meminta sebarang pembetulan untuk dibuat ke atas data peribadi anda. Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permintaan untuk akses atau pembetulan kepada data peribadi anda. Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi pihak kami dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam dokumen ini. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan hak yang tersebut di atas mungkin membawa kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
6. Pihak kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-
(i) Pihak yang pendedahan maklumat tersebut diperuntukkan kepadanya di bawah undang-undang atau dikehendaki oleh pihak berkuasa;
(ii) Syarikat yang mempunyai hubungan dengan pihak kami;
(iii) Rakan-rakan perniagaan kami, ejen-ejen, pekerja-pekerja, kontraktor-kontraktor, para sub-kontraktor, pembekal-pembekal perkhidmatan, dan pembekal-pembekal produk;
(iv) Para juruaudit, para perunding, para akauntan, para peguam, atau para penasihat; dan
(v) Mana-mana pihak yang kepadanya pendedahan maklumat tersebut adalah, dalam anggaran kami, perlu dan/atau munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
7. Anda mempunyai hak untuk menghadkan pemprosesan pihak kami terhadap data peribadi anda. Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi pihak kami dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam dokumen ini. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan hak yang tersebut di atas mungkin mempunyai kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
8. Anda wajib memberikan data peribadi anda kepada pihak kami kerana data peribadi anda diperlukan bagi membolehkan pihak kami menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami. Sebarang kegagalan untuk menyediakan data peribadi tersebut mungkin mempunyai kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
9. Maklumat perhubungan:
Pengurus, Jabatan Pengurusan Kualiti
+603-2052 7922
+603-2052 8144